SUKA SUKI CIKNAB: September 2012

Kucing Biru

Ai Suke Kucing ..


Sangat !!




Kucing Yang Ai Tangkap Dekat CS ..


Ai Tangkap Dari Jauh Je

Sebab Beliau Kelihatan Seperti Mau Menerkam Diri Ai


Bai !!

Hari Ini Saya


Lunch Popcorn Murah Sambil Ditemani Cik Bunga Dan Encik Sombong............



#Popcorn Itu Sedaps Kerana Semua Disaluti Caramel

NOMNOMNOMNOM !! Eh .... Habisssss !!

Kecenderungan Untuk menaip Dengan Lebih Panjang Berjela


Ya ! Itulah kemahuan ku,untuk mengisi segala kekosongan yang kulalui pada hari ini. Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa? Aku tiada jawapan yang seharusnya untuk diberi, maafkan aku kalian.



Erkkkkkkk !! Cukup !! Cukup Sudah !!


Fikiran bercelaru.


Tetapi berjaya juga aku menaip perkataan yang penuh semua huruf-hurufnya.



CEMERLANG !!





Teaser 1



" PEGAWAI PENCEGAHAN MAKSIAT !! " Sengaja aku menguna ayat itu,untuk mengusik dua sahabat di dalam pantry itu.

"Oh hai 'gepren' bos curang !! " Terpacul kata-kata itu keluar dari bibir Kak Jah. Mulut aku sudah terngaga luas mendengarnya. Merah muka orang tua bergigi ronggak di hadapan itu,sementara Kak Pah sudah terketar-ketar berada di bawah meja. Tahu takut !

"Anis !! " Kak Jah menjerit kecil menyebut nama ku. Dadanya di urut beberapa kali. Wajah aku di tenung,dengan pandangan tidak puas hati.

"Amboi! kemain lagi ya bergosip gasap dekat sini? patutlah tengok meja ada,tapi orangnya tiada." Aku memandang wajah kedua sahabat gosip itu silih berganti,tangan kiri ku sudah mencekak ke pinggang. Setelah keadaan reda barulah Kak Pah keluar dari bawah meja tempat persembunyiannya. Tak cukup nafas ke Kak Pah?

"Lain kali bagi salam lah dulu,ni main terjah je. Nasib Kak Jah tak tertikam diri dengan pen ni hah!" Ujar Kak Jah sambil menunjukkan sebatang pen yang dipegangnya kehadapan muka aku. Marah betul orang tua ni.

"Anis,dah bagi salam dalam hati lah." Selamba saja jawapan yang aku beri. Cemerlang kan? Fail yang ku dakap kemas di dada kuletakkan ke atas meja. Wajah Kak Jah ku jeling manja.

"Kak Jah,macam biasalah ya." Sambil menghadiahkan senyuman paling menawan,fail dan Ahli Kelab Gosip itu aku tinggal kan. Menuju kembali ke ruang kerja ku dengan langkah penuh keayuan.